Pertengahan Ramadan 2026, Muhasabah Diri Sekali Lagi

Ramadan dah masuk pertengahan, dan seperti setiap tahun, luangkan masa muhasabah progress ibadah dan azam yang diletakkan awal bulan. Konsistensi solat terawih dan bacaan Al-Quran secara keseluruhan berjalan lebih baik berbanding tahun-tahun sebelum.

Yang paling bermakna tahun ni, anak sulung dah mula buat rutin sendiri untuk hayati Ramadan, tak perlu aku suruh atau ingatkan. Tengok dia macam tu memang bagi kepuasan tersendiri sebagai ibu bapa.

Baki separuh Ramadan lagi, nak lebih bersungguh manfaatkan setiap saat yang berbaki.

Scroll to Top