Ramadan tahun ni hampir sampai penghujungnya, dan muhasabah balik pencapaian ibadah sepanjang bulan mulia ni. Alhamdulillah target khatam Quran tercapai, dan solat terawih pun lebih konsisten berbanding tahun-tahun sebelum.
Yang paling disyukuri, anak sulung yang kini remaja mula menghayati Ramadan dengan pemahaman dia sendiri. Momen-momen kekeluargaan sepanjang bulan ni yang aku akan ingat lama.
Harap amalan yang dah dipupuk sepanjang Ramadan ni boleh diteruskan lepas bulan ni berakhir.