Rindu laksa Johor tapi kedai kegemaran aku jauh sangat nak drive, jadi decide cuba masak sendiri di rumah. Part paling mencabar adalah kisar rempah dan ikan untuk kuah — makan masa lebih dari sejam sebelum sampai ke tahap masak sebenar.
Guna spaghetti sebagai ganti mihun laksa sebab tu cara tradisional sesetengah keluarga Johor buat, dan honestly menarik jugak tekstur dia berbanding mihun biasa. Rasa kuah dekat lah dengan yang original walaupun bukan 100% sama.
Penat masak, tapi puas hati bila boleh makan laksa Johor tanpa perlu balik kampung. Mesti ulang lagi lain kali.
