Cuaca akhir tahun ni agak sejuk dan hujan, jadi teringin nak masak sesuatu yang panas dan berkuah — pilih sup ekor sebagai menu weekend. Proses masak agak panjang, perlukan masa untuk daging ekor jadi betul-betul empuk.
Guna rempah kayu manis, bunga lawang dan sedikit susu untuk kuah yang kaya dan creamy. Hasil akhir memang berbaloi dengan masa yang diambil — kuah pekat, daging cerai dari tulang, dimakan panas dengan nasi putih.
Menu ni memang perfect untuk cuaca sejuk macam ni. Family semua puas hati, dan definitely akan ulang lagi bila cuaca sejuk melanda.
