Azam Tahun Baru Yang Realistik

Ramai suka buat azam tahun baru yang besar-besaran, tapi selalu tak bertahan lebih sebulan. Tahun ni aku decide buat azam yang kecil dan spesifik supaya lebih senang dikekalkan — minum air lebih banyak setiap hari, tidur sebelum jam 11 malam, dan baca sekurang-kurangnya 10 muka surat buku setiap hari.

Azam kecil macam ni nampak tak seberapa, tapi impak jangka panjang bila konsisten boleh jadi besar. Lagipun senang nak track dan tak rasa gagal teruk kalau sekali sekala terlepas.

Semoga 2024 ni aku boleh lebih konsisten dengan azam-azam kecil ni. Selamat Tahun Baru sekali lagi untuk semua!

Scroll to Top