Pagi Pertama Hari Raya Bersama Keluarga Besar

Pagi raya pertama bermula dengan solat sunat Aidilfitri berjemaah, diikuti dengan acara bermaaf-maafan yang selalu buat mata berkaca walaupun setiap tahun sama. Anak-anak excited bersalaman dengan semua saudara-mara sambil harap-harap dapat duit raya.

Meja penuh dengan juadah raya — ketupat, rendang, lemang, dan pelbagai kuih raya yang disediakan emak dan makcik-makcik. Rumah dipenuhi ketawa dan bunyi bising anak-anak bermain mercun sekitar kawasan rumah.

Momen macam ni yang buat semua penat lelah persiapan sepanjang Ramadan terasa amat berbaloi. Selamat Hari Raya Aidilfitri, maaf zahir dan batin untuk semua.

Scroll to Top