Anak sulung mula tanya soalan-soalan sains yang lebih mendalam, kenapa langit biru, macam mana hujan terbentuk, kenapa ada siang dan malam. Soalan-soalan ni menguji pengetahuan aku sendiri yang kadang perlu google dulu sebelum jawab.
Cuba jelaskan dengan cara yang mudah difahami, kadang guna eksperimen simple di rumah untuk tunjukkan konsep sains secara praktikal. Melihat rasa ingin tahu dia yang berkembang ni memang menyeronokkan sebagai ibu bapa.
Semalam dia tanya kenapa air laut masin, aku pun tak sure jawapan penuh, kena cari sekali dengan dia lepas ni.