Suku kedua tahun 2025 dah lengkap, dan banyak perkembangan positif berlaku sepanjang tempoh ni, dari Aidiladha yang penuh makna, pelbagai trip keluarga yang menyeronokkan, sampai perkembangan hobi dan kemahiran anak-anak yang semakin matang.
Progress azam tahun ni secara keseluruhan memuaskan. Hobi fotografi terus berkembang, hubungan kekeluargaan semakin erat, dan kesihatan fizikal serta mental turut terjaga dengan baik sepanjang enam bulan pertama tahun ni.
Baki dua suku lagi tahun ni, nak teruskan dengan semangat yang sama. Harap suku ketiga dan keempat pun bawa lebih banyak kejayaan dan kenangan untuk keluarga kami.