Buat perjalanan ke Gunung Jerai di Kedah, salah satu gunung yang boleh dicapai guna jalan berturap sampai ke puncak. Pemandangan dari atas ada gabungan hamparan sawah padi hijau dan laut biru di kejauhan.
Sempat singgah kawasan air terjun berdekatan kaki gunung sebelum meneruskan perjalanan ke puncak. Udara sejuk di puncak jauh lebih segar berbanding cuaca panas di dataran rendah.
Gunung Jerai ni beza sikit dari gunung-gunung lain yang pernah aku daki sebab boleh drive terus sampai atas. Senang bawa anak-anak yang belum kuat mendaki lama.