Bawa Anak-Anak Ke Legoland Johor, Impian Yang Tertunai

Akhirnya dapat bawa anak-anak ke Legoland Johor selepas beberapa tahun mereka merengek nak ke sana. Pelbagai wahana dan struktur lego raksasa buat seluruh keluarga seronok.

Anak-anak paling teruja dengan Miniland yang menampilkan replika bandar-bandar terkenal dibina sepenuhnya dari blok lego. Waterpark yang bersebelahan pun jadi aktiviti tambahan untuk sejukkan badan dari cuaca panas.

Tengok anak-anak gembira macam tu sepanjang hari, penat memandu tadi terus terlupa. Dah beberapa tahun tunggu, akhirnya dapat juga bawa depa.

Scroll to Top