Beli botol air stainless steel ni sebab tengok banyak sangat review kata boleh tahan sejuk sampai 24 jam. Jadi aku test sendiri — isi air ais pagi tadi, petang check balik, masih sejuk walaupun letak dalam kereta panas seharian. Confirm bukan gimik semata-mata.
Design dia pun ringkas, tak berat nak bawa gi kerja atau gym. Cuma satu je kekurangan — mulut botol agak kecil, kena tunggu lama sikit kalau nak isi guna jag.
Overall, untuk harga bawah RM50, aku rasa berbaloi. Dah jadi barang wajib dalam beg aku sekarang.
