Lampu Baca Jepit Yang Berguna Untuk Anak Yang Suka Membaca Malam

Anak sulung ni makin minat membaca, sampai selalu curi-curi baca lepas waktu lampu bilik patut dah tutup. Jadi saya beli lampu baca jepit yang boleh clip terus atas buku, tak payah nyalakan lampu bilik penuh yang boleh kejutkan adik yang dah tidur.

Kecerahan boleh laras ikut keperluan, dan dia boleh pasang sendiri tanpa minta tolong. Battery pun tahan lama, so far belum pernah dia komplen habis bateri tengah-tengah bab best.

Sekarang dah jadi rutin dia, baca sekejap dengan lampu jepit ni sebelum betul-betul tidur. Simple je barang ni tapi cukup untuk selesaikan masalah dia nak baca tanpa kacau orang lain dalam bilik.

Scroll to Top