Refleksi Hari Jadi, Belajar Terima Usia Yang Semakin Meningkat

Hari jadi lagi tahun ni, dan mula perasan beberapa tanda umur dah naik. Rambut beruban makin banyak, tenaga pun tak sekuat dulu, petang je dah rasa nak baring. Mula-mula rasa risau sikit tengok cermin, tapi lama-lama saya cuba je tak fikir sangat.

Bukan cakap uban dan penat ni satu kebanggaan pun, tapi memang ada benda yang saya lebih faham sekarang berbanding sepuluh tahun lepas, cara handle masalah, cara tak amik hati benda kecil.

Tahun depan mungkin lagi banyak uban, entahlah. Buat masa ni saya just nak survive minggu depan dulu.

Scroll to Top