Anak Sulung Mula Tolong Adik Buat Kerja Sekolah

Anak sulung mula tolong adik buat kerja sekolah setiap petang, tanpa kami minta pun. Saya tengok dia ajar adik konsep yang sebenarnya dia sendiri baru belajar tahun lepas, cara dia explain memang bukan macam cikgu, tapi adik faham juga.

Kadang dia salah ajar, kena betulkan balik, tapi effort dia tu yang buat saya senyum sendiri kat dapur sambil masak dengar diorang bersembang.

Tak tahu berapa lama fasa ni akan bertahan sebelum diorang balik gaduh macam biasa, tapi buat masa ni saya nak enjoy je waktu-waktu macam ni.

Scroll to Top