Musim tengkujuh ni buat pakaian susah kering, jadi kami beli pengering pakaian elektrik untuk selesaikan masalah tu. Kapasiti dia besar, satu round dah cukup untuk pakaian sekeluarga.
Ada sensor kelembapan yang automatik berhenti bila pakaian dah kering, jadi tak boros elektrik macam kalau set masa manual asal-asal. Pakaian pun terasa lebih lembut selepas kering berbanding jemur biasa.
Untuk musim hujan panjang macam ni, memang berbaloi punya. Tak payah lagi risau pakaian basah berbau hapak sebab tak kering penuh.