Return ke Fraser’s Hill sempena cuti sekolah akhir tahun, destinasi kegemaran keluarga yang selalu memberikan ketenangan. Cuaca sejuk yang menyegarkan memberikan suasana berbeza dari panas terik dataran rendah.
Anak-anak yang kini lebih berpengalaman dengan aktiviti birdwatching menunjukkan minat yang semakin mendalam, malah mula boleh kenal pasti beberapa spesis burung tanpa bantuan buku panduan. Seronok tengok diorang boleh cam burung sendiri sekarang, sesuatu yang tak sangka pun sebelum ni.
Fraser’s Hill memang tempat yang kami selalu balik lagi bila penat dengan kesibukan bandar. Mungkin lepas ni jadikan trip ke sini tradisi tahunan waktu cuti sekolah akhir tahun.