Bubur Cha Cha Untuk Cuaca Sejuk Awal Tahun

Cuaca awal tahun yang sejuk buat aku teringin masak bubur cha cha. Ubi keledek dan keladi dipotong dadu, direbus dalam kuah santan gula melaka yang pekat sampai manis dan hangat macam yang aku nak.

Aku masak setiap bahan berasingan dulu sebelum campur semua, supaya ubi dan keladi tak jadi terlalu lembik sebelum sempat masuk kuah. Sagu mutiara letak last sekali, bagi tekstur kenyal dia tak hilang.

Anak-anak paling suka tengok warna oren dan ungu dari ubi dan keladi tu bercampur dalam mangkuk masing-masing sebelum mula makan.

Scroll to Top