Anak Sulung Degil Nak Tukar Dari Gitar Ke Drum

Lepas beberapa bulan belajar gitar, anak sulung tiba-tiba degil nak tukar ke drum lepas tengok persembahan band sekolah. Mula-mula saya ingat ni minat sekejap je, tapi dia asyik merengek bagai selama dua minggu sampai kami setuju bagi dia cuba.

Rupanya koordinasi tangan dan kaki untuk main drum memang cabaran baru untuk dia, dan dia seronok betul walaupun selalu tak sebati kat awal. Bunyi dentum-dentum tu memang buat seisi rumah pening kepala, tapi kami biar je dulu.

Entah dia betul-betul minat drum ke sekadar excited fasa baru, belum tahu lagi. Tapi buat masa ni kami just biar dia explore.

Scroll to Top