Perang Screen Time, Anak-Anak Degil Nak Tonton Lebih Lama

Cuti sekolah buat anak-anak lebih kerap merengek nak tambah screen time, dengan alasan “kan cuti sekolah”. Kitorang tetap tegas dengan had yang ditetapkan, walaupun perlukan banyak negotiasi dan alternatif aktiviti lain.

Sediakan lebih banyak aktiviti fizikal dan kreatif sebagai gantian, permainan board game, aktiviti seni, dan masa luar rumah. Perlahan-lahan mereka mula terbiasa dengan rutin yang lebih seimbang tanpa screen time berlebihan.

Cabaran sendiri nak konsisten dengan peraturan ni waktu cuti sekolah. Tapi setakat ni okay, rengekan pun dah kurang berbanding minggu pertama cuti.

Scroll to Top