Lepas abang dia berjaya tahun lepas, sekarang giliran anak kedua pula belajar kayuh basikal tanpa roda tambahan. Dengan personaliti dia yang lebih degil dan berani, proses belajar dia jauh lebih laju dari abangnya.
Cuma sekali dua jatuh, terus je bangun dan try lagi tanpa banyak songeh. Dalam masa kurang dari sejam, dia dah boleh kayuh sendiri sepanjang taman sambil menjerit kegembiraan.
Setiap anak ada cara belajar dan personaliti sendiri, dan itu yang buat proses membesarkan mereka sentiasa menarik dan penuh kejutan.