Ramadan tahun ni, anak sulung yang kini remaja berpuasa penuh tanpa banyak songeh macam tahun-tahun sebelum. Malah dia sendiri bangun sahur tanpa perlu dikejutkan.
Melihat dia handle cabaran berpuasa sambil kekal fokus dengan pelajaran sekolah menengah yang mencabar memberikan kebanggaan tersendiri sebagai ibu bapa.
Dulu dia perlukan banyak galakan untuk berpuasa, sekarang dah lebih berdikari dalam ibadah. Harap dia terus istiqamah.