Azam 2025: Lebih Spesifik dan Boleh Diukur

Belajar dari pengalaman tahun-tahun lepas, azam tahun ni aku buat lebih spesifik dan boleh diukur berbanding azam umum yang senang dilupakan. Contohnya bukan sekadar “nak sihat”, tapi “jog 3 kali seminggu” yang lebih jelas dan boleh di-track.

Antara azam lain: baca 12 buku sepanjang tahun (satu sebulan), kurangkan makan di luar kepada dua kali seminggu, dan luangkan satu hari penuh setiap bulan untuk aktiviti keluarga tanpa gangguan kerja.

Dengan azam yang lebih spesifik ni, harap boleh lebih senang nampak progress dan tak jadi senarai yang terus terlupa lepas sebulan. Selamat Tahun Baru 2025!

Scroll to Top