Belajar Sabar Lebih Dengan Anak-Anak

Ada hari-hari bila kesabaran aku betul-betul teruji dengan telatah anak-anak — tantrum tak bertempat, gaduh sesama sendiri, atau sekadar degil tak nak dengar cakap. Minggu ni beberapa kali aku hampir naik suara lebih dari sepatutnya.

Lepas fikir balik, aku sedar sebahagian frust tu sebenarnya bukan pasal anak-anak, tapi stress kerja atau keletihan yang aku bawa masuk rumah tanpa sedar. Anak-anak jadi “mangsa” tanpa mereka salah sepenuhnya.

Nak lebih sedar untuk pisahkan stress luar dari cara aku layan anak-anak di rumah. Mereka cuma budak-budak yang sedang belajar, dan aku pun masih belajar jadi ibu bapa yang lebih baik.

Scroll to Top