Beli blender mudah alih bersaiz kecil khas untuk dibawa waktu bercuti atau outstation, supaya boleh terus buat smoothie sihat walaupun jauh dari rumah. USB rechargeable jadi kelebihan besar, tak perlukan plug point khas.
Kuasa motor dia memang tak sekuat blender rumah biasa, jadi lebih sesuai untuk buah lembut berbanding ais keras. Tapi untuk keperluan asas semasa travel, dia cukup berfungsi dengan baik.
Untuk yang suka jaga rutin sihat walaupun bercuti, blender portable ni memang alat kecil yang berguna dalam beg travel. Ringan dan senang nak bawa ke mana-mana.