Kawasan rumah aku ramai jiran berketurunan Cina, jadi tiap tahun sekitar bulan ni suasana mula meriah dengan lampu merah dan hiasan Tahun Baru Cina. Minggu ni sempat tolong jiran sebelah angkat beberapa bakul oren sempena persediaan mereka.
Perkongsian budaya macam ni yang buat aku appreciate kepelbagaian di Malaysia. Walaupun tak meraikan, seronok tengok semangat kejiranan dan saling membantu semasa musim perayaan.
Nanti bila dah dekat baru nak plan nak beli sikit kuih bakul untuk raikan sama dengan jiran-jiran. Malaysia truly Asia, betul-betul rasa bila situasi macam ni.
