Jam Loceng Pintar Untuk Anak-Anak Belajar Bangun Sendiri

Beli jam loceng khas kanak-kanak dengan design comel dan lampu warna yang menunjukkan waktu “boleh bangun” untuk ajar anak sulung bangun sendiri tanpa perlu dikejutkan setiap pagi. Konsep visual ni sangat sesuai untuk kanak-kanak yang belum pandai baca jam biasa.

Selepas dua minggu guna, anak sulung mula faham konsep dan boleh bangun sendiri bila lampu bertukar hijau. Kurangkan drama pagi yang selalu berlaku bila kena kejutkan dia secara paksa.

Kalau ada ibu bapa lain yang struggle sama nak ajar anak bangun sendiri, jam loceng macam ni memang berbaloi dicuba. Simple, tapi berkesan untuk anak-anak.

Scroll to Top