Dengan musim tengkujuh dah bermula, beli kasut but hujan untuk seluruh keluarga bagi elakkan kaki basah setiap kali keluar rumah dalam hujan lebat. Design dia ringan dan tak terlalu tebal, jadi selesa dipakai walaupun untuk tempoh lama.
Grip tapak yang bagus pun kurangkan risiko tergelincir di permukaan basah dan licin. Warna-warna terang yang dipilih untuk anak-anak pun tambah faktor keselamatan waktu hujan lebat dengan cahaya kurang.
Musim hujan macam ni memang senang basah kuyup kalau tak sedia kasut but. Sekurang-kurangnya sekarang kaki semua orang di rumah kekal kering setiap kali keluar rumah.