Tahun ni letak target lebih serius untuk khatam bacaan Al-Quran sepanjang bulan Ramadan, dengan jadual bacaan harian yang lebih konsisten berbanding tahun-tahun sebelum yang selalu tertangguh separuh jalan.
Alhamdulillah setakat ni progress bacaan berjalan lancar mengikut jadual yang ditetapkan. Rasa ketenangan yang berbeza bila konsisten dengan bacaan Al-Quran, seolah-olah hati lebih tenang menghadapi cabaran harian.
Kalau boleh nak teruskan jadual ni sampai betul-betul khatam sebelum Ramadan habis. Doakan kami sekeluarga, ya.