Setiap tahun bila 31 Ogos tiba, aku suka luangkan sedikit masa fikir apa sebenarnya erti “merdeka” untuk diri aku sendiri, bukan sekadar dari segi sejarah negara. Tahun ni aku rasa merdeka bermaksud bebas dari expectation orang lain yang tak selari dengan nilai diri sendiri.
Bebas untuk buat keputusan berdasarkan apa yang betul untuk aku dan keluarga, walaupun kadang tak selari dengan pandangan ramai. Bebas juga untuk terima diri sendiri yang tak sempurna, tanpa perlu banding-bandingkan dengan orang lain.
Selamat Hari Merdeka. Semoga kita semua terus cari dan pegang erti kebebasan masing-masing dengan penuh syukur.
