Nasi Tomato Simple Yang Jadi Kegemaran Anak-Anak

Masak nasi tomato guna pes tomato dan susu segar, buat warna dan rasa jadi lagi kaya berbanding resepi biasa. Guna rice cooker je untuk masak nasi, senang tak payah risau nasi lekit atau terlebih masak.

Acar timun dan bawang jadi pelengkap untuk seimbangkan rasa nasi yang agak kaya tu. Ayam berempah goreng jadi lauk utama, dan macam biasa lah, ni antara menu yang anak-anak confirm habiskan tanpa merungut.

Dah beberapa kali masak menu ni dalam sebulan sekarang, mungkin sebab senang je nampak colourful kat pinggan dan anak-anak suka. Rasanya akan kekal jadi menu tetap buat masa yang lama.

Scroll to Top