Sedar diri asyik fikir tentang masa depan, apa target seterusnya, apa yang perlu dicapai, sampai kadang terlepas pandang keindahan momen yang sedang berlaku sekarang. Anak-anak membesar dengan pantas, tapi aku selalu “terlepas” appreciate setiap momen sebab fikiran sentiasa di masa depan.
Minggu ni cuba latih diri untuk lebih present. Waktu makan malam dengan keluarga, betul-betul fokus pada perbualan tanpa fikir kerja esok. Waktu tengok anak-anak main, betul-betul enjoy momen tu tanpa risau perkara lain.
Mindfulness ni proses berterusan, tak boleh dikuasai dalam sekelip mata. Tapi setiap kali berjaya lebih present, rasa hidup jadi lebih kaya dan bermakna.