Minggu Pertama 2026, Semangat Baru Untuk Fasa Baru Keluarga

Minggu pertama 2026 dah berlalu, dan alhamdulillah azam yang ditetapkan mula berjalan dengan baik. Satu hari penuh setiap minggu untuk aktiviti keluarga telah berjaya dilaksanakan, memberikan momen bermakna yang berbeza dari rutin biasa.

Dengan anak sulung yang akan masuk sekolah menengah tak lama lagi, tahun 2026 ni terasa seperti permulaan babak baru dalam perjalanan keluarga kami. Persediaan mental untuk perubahan dinamik ni terus dibuat secara beransur-ansur.

Baru minggu pertama, tak nak cepat bangga sangat. Tengok dulu boleh ke tidak konsisten sampai bulan Mac ni.

Scroll to Top