Suku Pertama 2026 Hampir Lengkap, Fasa Baru Keluarga

Februari hampir berakhir, suku pertama 2026 hampir lengkap. Kalau reflect balik, banyak benda baru berlaku dalam tempoh ni: anak sulung menyesuaikan diri di sekolah menengah, sambutan Tahun Baru Cina, beberapa trip keluarga.

Fasa baru dengan anak remaja ni bawa cabaran yang lain dari tahun-tahun sebelum. Setiap kali kami kena adjust cara kami sendiri, kami belajar sikit demi sikit macam mana nak terus relevan dengan keperluan dia yang berubah.

Baki tiga suku lagi tahun ni. Tak tahu apa lagi yang akan datang, tapi setakat ni banyak yang aku syukur.

Scroll to Top