Road Trip Solo ke Ipoh

Buat kali pertama aku cuba road trip solo, destinasi Ipoh sebab dah lama nak explore heritage area dia tanpa terikat dengan jadual orang lain. Ada satu keseronokan tersendiri bila boleh stop mana-mana kedai kopi menarik yang lalu tanpa perlu tunggu consensus.

Singgah kedai kopi putih legend, jalan-jalan kat Concubine Lane yang penuh mural cantik, dan cuba beberapa kedai tauge ayam yang femes. Solo trip macam ni bagi ruang untuk aku betul-betul “present” dengan pengalaman sendiri tanpa distraction.

Confirm akan buat lagi solo trip macam ni sekali sekala. Rasa refreshing dapat luangkan masa dengan diri sendiri.

Scroll to Top