Cuba Buat Roti Canai Sendiri, Cabaran Teknik Regangan

Aku cuba tantang diri buat roti canai sendiri di rumah, hidangan yang biasanya kita serah je pada mamak. Teknik regangan adunan untuk dapatkan lapisan nipis dan berlapis memang mencabar, perlukan banyak latihan.

Beberapa percubaan pertama koyak dan tak sekata ketebalannya, tapi lama-lama aku mula dapat feel untuk regangan yang betul. Hasil akhir walaupun tak sesempurna kedai mamak, tetap puas hati bila akhirnya berjaya jugak.

Lepas ni aku baru betul-betul faham kenapa tukang roti canai kat kedai boleh buat pantas dan konsisten macam tu. Nak terus practice sampai dapat teknik yang lebih baik.

Scroll to Top