Rutin Pagi Aku Sekarang

Sejak dua minggu ni aku cuba disiplinkan diri bangun lebih awal, sekitar 6 pagi. Bukan senang mulanya, tapi lama-lama badan sendiri adjust. Aku guna 15 minit pertama untuk stretching ringan dan minum air kosong dulu sebelum apa-apa.

Lepas tu baru buat kopi, duduk sekejap tengok pemandangan luar tingkap sambil susun mental list untuk hari tu. Simple je, tapi cara ni buat aku rasa lebih bersedia hadapi kerja berbanding dulu terus check phone lepas bangun.

Belum perfect, ada je hari yang terlepas snooze berkali-kali. Tapi progress, bukan perfection, kan?

Scroll to Top