Peralatan Dapur Bambu Yang Lebih Mesra Alam

Cuba beralih ke peralatan dapur berasaskan bambu sebagai usaha kurangkan penggunaan plastik di rumah. Senduk dan spatula bambu ni ringan tapi cukup tahan lasak untuk kegunaan harian, dan tak mencalarkan kuali non-stick.

Selain lebih mesra alam, tekstur semula jadi bambu pun beri kesan estetik yang menarik dalam dapur. Penjagaan agak berbeza dari peralatan plastik, perlu lebih berhati-hati untuk elak lembap berpanjangan yang boleh sebabkan kulat.

Untuk yang nak mulakan langkah kecil ke arah gaya hidup lebih sustainable, tukar peralatan dapur ke bahan semula jadi macam bambu ni langkah permulaan yang mudah dan berkesan.

Scroll to Top