Kenapa Aku Stop Scroll TikTok Waktu Malam

Dulu tabiat aku lepas Isyak mesti baring atas katil scroll TikTok sampai tak sedar dah pukul 1 pagi. Paginya mengantuk, kerja jadi tak fokus, dan cycle tu berulang lagi malam seterusnya.

Dua minggu lepas aku cuba letak phone kat luar bilik lepas jam 10.30 malam. Mulanya rasa janggal dan macam “kekurangan” sesuatu, tapi lama-lama badan terbiasa dan tidur jadi lebih lena.

Bukan senang nak hilangkan tabiat ni sepenuhnya, tapi at least sekarang aku lebih sedar bila phone tu dah mula rampas masa rehat yang aku sepatutnya ada.

Scroll to Top