Beli termos makanan baru untuk bawa bekal ke kerja, dan test dia — isi sup panas jam 7 pagi, buka semula waktu makan tengahari jam 1, masih terasa panas dan sedap macam baru masak. Impressive untuk harga yang dibayar.
Saiz dia sederhana, muat untuk satu hidangan penuh tanpa terlalu berat nak bawa. Seal dia pun kemas, tak pernah bocor walaupun letak dalam beg sandar bersama laptop.
Untuk sesiapa yang serius nak kurangkan makan luar dan bawa bekal sendiri, termos jenis ni memang worth the investment. Dah jimat banyak duit makan luar sejak guna.
