Cuba Buat Thosai Sendiri, Cabaran Yang Berbaloi

Lepas rumah terbuka jiran, saya jadi rajin nak cuba buat thosai sendiri di rumah. Adunan beras dan dal kena fermen semalaman dulu baru dapat rasa masam yang betul-betul thosai punya, bukan sekadar tepung biasa.

Bahagian paling susah sebenarnya teknik tuang dan ratakan atas kuali panas. Dua tiga kali percubaan pertama jadi tebal dan tak sekata macam roti canai gagal, tapi lepas beberapa kali baru saya dapat feel pergelangan tangan yang betul.

Makan dengan sambar dan chutney kelapa, rasa dia memang dekat dengan yang saya makan kat rumah jiran. Bukan exact sama, tapi cukup untuk buat saya rasa berbaloi try masak sendiri.

Scroll to Top