Sempena Tahun Baru Cina yang semakin dekat, jalan-jalan ke bandar untuk lihat suasana meriah dengan lampu-lampu merah dan hiasan yang menghiasi kompleks membeli-belah. Anak-anak excited tengok persembahan tarian singa yang diadakan di beberapa lokasi.
Sempat beli beberapa barang keperluan dan cuba pelbagai kuih tradisional Cina yang dijual musim perayaan ni. Suasana meriah kota yang berhias warna merah dan emas memang menyeronokkan untuk dilihat walaupun kami tak meraikan perayaan ni.
Selamat Tahun Baru Cina untuk rakan-rakan yang meraikan. Semoga tahun ular kayu ni bawa lebih banyak benda baik untuk semua.