Walaupun tinggal berdekatan KL, baru sempat bawa anak-anak naik Menara KL untuk kali pertama. Pemandangan dari atas memang menakjubkan, boleh nampak seluruh bandar KL dari sudut yang berbeza dari yang biasa mereka lihat di jalan raya.
Anak-anak excited sangat, asyik tanya boleh nampak rumah kitorang ke tidak dari atas. Sempat juga explore bahagian sky deck yang ada lantai kaca, pengalaman yang mencabar untuk yang takut ketinggian macam aku.
Kadang kita terlepas pandang tempat menarik yang ada dekat dengan rumah sendiri sebab rasa dah biasa. Lepas ni nak cari lagi tempat-tempat macam ni yang selama ni kitorang terlepas pandang.