Trip Santai ke Taiping, Bandar Hujan

Taiping terkenal sebagai bandar paling banyak hujan di Malaysia, dan betul-betul dapat rasa hujan renyai-renyai sepanjang trip. Tapi itu yang buat suasana bandar lama ni lagi syahdu — pokok-pokok besar di Taman Tasik Taiping nampak lagi hijau segar.

Sempat jalan-jalan kat Zoo Taiping yang tertua di Malaysia, dan singgah beberapa kedai lama untuk makan mee rebus dan laksa Taiping yang femes. Suasana bandar yang tenang dan tak sesak jadi nilai tambah untuk trip santai macam ni.

Taiping ni memang destinasi underrated untuk yang cari percutian slow-paced jauh dari kesibukan bandar besar.

Scroll to Top