Sekali lagi dijemput rakan sekerja untuk makan malam yee sang sempena Tahun Baru Cina, dah jadi semacam tradisi tahunan kami sekarang. Anak-anak yang kini lebih besar turut serta dalam proses “lo hei” sambil tanya maksud setiap bahan yang dicampur.
Rasa segar dari ikan dan sayur hirisan dengan sos manis masam tu tetap best setiap kali makan. Bagi anak-anak, ni salah satu cara depa kenal budaya kaum lain selain apa yang depa belajar kat sekolah.
Terima kasih pada rakan yang terus jemput kami setiap tahun untuk raikan ni sama-sama. Semoga tahun ni pun sama meriah dengan tahun-tahun sebelumnya.