Dijemput rakan sekerja untuk makan malam sempena Tahun Baru Cina, dan sempat cuba yee sang buat kali pertama. Proses “lo hei” atau kacau bersama sambil angkat tinggi memang aktiviti yang menyeronokkan dan penuh simbolik untuk kemakmuran.
Kombinasi ikan segar, sayur hirisan dan sos manis masam memang memberikan tekstur dan rasa yang unik. Setiap bahan dalam hidangan ni ada maksud simbolik tersendiri yang menarik untuk dipelajari.
Baru kali ni faham kenapa orang excited sangat dengan lo hei ni, sebab semua orang kena sertai sekali angkat dan kacau bersama. Terima kasih pada rakan yang jemput.