Jalan-Jalan Kat Kuala Terengganu

Ambil cuti dua hari untuk explore Kuala Terengganu, tempat yang selalu terlepas pandang berbanding destinasi popular lain di pantai timur. Singgah Pasar Payang untuk beli batik dan kain songket, harga jauh lebih murah berbanding kat bandar besar.

Petang tu sempat jalan-jalan tepi Sungai Terengganu, tengok jambatan Sultan Mahmud yang cantik waktu golden hour. Makan malam pulak dengan nasi dagang panas — memang menu wajib bila datang sini.

Trip pendek tapi puas hati. Terengganu ni underrated sebenarnya untuk orang yang cari city trip santai.

Scroll to Top