Merdeka tak lama lagi, jadi minggu ni kitorang sekeluarga mula hias rumah sikit dengan bendera kecil dan bunting warna merah putih biru. Anak-anak excited sangat bantu gantung dekorasi, walaupun hasil akhir agak senget sana sini.
Malam ni pun kitorang plan nak tengok persembahan bunga api kat taman berdekatan sambil makan snek ringan. Simple je celebration kami, tapi rasa penuh semangat dan syukur dapat rai kemerdekaan sama-sama sebagai keluarga.
Selamat Menyambut Merdeka awal kepada semua yang baca. Semoga kita semua terus dapat hidup dengan aman dan bersyukur.
