Cuba Buat Roti Tisu Sendiri, Cabaran Yang Menyeronokkan

Selalu tengok roti tisu dibuat kat mamak dengan teknik yang nampak simple tapi sebenarnya perlukan kemahiran tinggi. Cuba sendiri di rumah, dan memang jauh lebih susah dari yang disangka. Adunan senang koyak kalau tak betul teknik regangan.

Selepas beberapa kali gagal dengan adunan koyak dan bentuk tak menentu, akhirnya dapat satu keping yang boleh dibentuk kon dengan gula ditabur atasnya. Rasa kepuasan berjaya tu memang tak ternilai walaupun bentuk tak secantik kedai.

Cabaran dapur macam ni sebenarnya bagi apresiasi lebih pada kemahiran tukang masak profesional. Definitely akan cuba lagi untuk improve teknik.

Scroll to Top