Setiap pagi jadi “peperangan” kecil dengan anak kedua tentang baju apa yang dia nak pakai ke sekolah. Uniform sekolah dah ditetapkan, tapi dia masih nak tambah aksesori pelik macam topi cowboy atau kasut yang tak sepadan.
Cuba compromise dengan bagi dia pilih aksesori tambahan yang “acceptable” untuk sekolah, sambil kekalkan uniform asas yang perlu. Cara ni sikit kurangkan drama pagi walaupun tak sepenuhnya hilang.
Fasa degil ni memang menguji kesabaran setiap pagi. Tapi aku pun perasan dia dah mula berani nak buat pilihan sendiri, jadi cuba biar je selagi tak melampau.