Penutup Suku Ketiga 2024, Apa Yang Sudah Berlaku

Masuk Oktober, bermakna suku ketiga tahun 2024 dah berakhir. Banyak yang berlaku sepanjang tiga bulan lepas, ada perayaan Merdeka, beberapa trip keluarga, dan pengajaran berharga dari kesilapan kerja yang aku cerita minggu lepas.

Duduk sejenak refleksi, aku rasa lebih banyak progress dalam aspek kekeluargaan dan personal growth berbanding target kerja yang masih dalam proses. Tak apa, setiap fasa hidup ada priority yang berbeza ikut keadaan semasa.

Baki suku terakhir tahun ni, aku nak fokus habiskan tahun dengan syukur dan usaha yang seimbang antara kerja, keluarga dan kesihatan diri sendiri.

Scroll to Top